setiap kali hari raya mesti mak sibuk didapur untuk siapkan pelbagai jenis makanan dan kuih muih. di sini saya nak berkongsi kuih yang wajib ada ketika meyambut hari raya iaitu kuih aiskrim. jadi saya sertakan resipi untuk anda mencuba membuatnya untuk dihidangkan kepada tetamu nanti :)
Bahan-bahan ( 140 keping )
* 260gm
mentega - mama campur 250gm mentega + 10 gm marjerin
* 120gm gula ising
*
1/8 sk pewarna kuning telur
* 320gm tepung gandum
* 40gm tepung
jagung
* 40gm tepung kentang
* 20gm tepung kastard
* 1/2 sk serbuk
penaik
* 50gm gajus - panggang dan kisar
* hiasan - coklat masakan dan
manik urai
Cara-cara
1.
pukul mentega, gula ising dan pewarna kuning telur hingga kembang
2. masukkan
tepung gandum, tepung jagung, tepung kentang, tepung kastard dan serbuk penaik,
gaul sebati hingga menjadi doh
3. rehatkan doh selama 15 minit, canai dan
terap dgn acuan aiskrim dan bakar
4. sejukkan biskut, celupkan kedlm coklat
masakan yg telah dicairkan dan hiaskan dgn manik urai.

No comments:
Post a Comment